Pilihan pembiayaan

Pilihan pembiayaan paling luas dalam kripto

Yuran rendah, pelbagai pilihan

Kraken komited untuk menawarkan yuran rendah serta pelbagai pilihan pembiayaan digital dan fiat bagi menyokong pelaburan mata wang kripto anda. Sama ada anda melakukan dagangan spot, menetapkan pesanan tersuai atau menjadualkan pembelian berulang, pilihan pembiayaan kami yang pantas dan fleksibel menjadikan membeli dan menjual kripto dari mana-mana sahaja di dunia lebih mudah berbanding sebelum ini.

Tambah dana akaun anda dengan mata wang fiat

Pedagang baharu mahupun berpengalaman akan mendapati bahawa pilihan pembiayaan mata wang fiat kami memberikan pengalaman yang lancar dan membolehkan anda mula berdagang dalam beberapa langkah mudah.

Kami menawarkan pilihan pembiayaan mata wang fiat dalam Dolar AS (USD), Euro (EUR) dan Dolar Kanada (CAD), semuanya dengan yuran minimum. Pelanggan AS (kecuali di NY, WA dan TX) boleh memautkan akaun bank mereka untuk menambah dana ke akaun Kraken mereka dalam USD melalui Pindahan Bank (ACH) tanpa yuran. Deposit dana dalam CAD dan EUR melalui SEPA* adalah percuma.

*Kawasan Pembayaran Euro Tunggal (SEPA) ialah inisiatif integrasi pembayaran Kesatuan Eropah untuk memudahkan pindahan bank dalam denominasi euro.

DomestikAntarabangsaTempoh pemprosesan
Fedwire
SWIFT
Etana Custody
Pindahan Wayar
Etana Custody
1-5 hari bekerja

Tambah dana akaun anda dengan kripto

Jika anda sudah memiliki aset digital yang kami sokong, anda boleh gunakannya untuk menambah dana ke akaun anda. Selepas akaun disahkan, semua deposit kripto dikreditkan ke akaun anda serta-merta. 

Dengan proses pengesahan yang pantas dan mudah, Kraken memudahkan anda mendepositkan dana kripto agar anda boleh fokus pada pasaran.

Beli kripto serta-merta dengan kad pembayaran

Tidak mahu menunggu? Gunakan dompet digital pada telefon anda, pindahan bank atau kad kredit atau debit yang memenuhi syarat untuk membuat pembelian serta-merta.

Ketahui lebih lanjut tentang kaedah Instant Buy

Pilihan pendanaan untuk korporat

Kami juga menawarkan pilihan pendanaan yang lebih meluas untuk pelanggan korporat, seperti pindahan bank antarabangsa dalam USD.

Ketahui lebih lanjut tentang pilihan pendanaan untuk korporat

Dagangkan fiat untuk kripto di mana-mana, dengan pantas dan selamat

Selain menawarkan keselamatan terbaik dalam industri, pilihan pendanaan mata wang kripto dan fiat kami yang pelbagai memberi anda kebebasan untuk berdagang dari mana-mana sahaja di dunia dengan sekatan yang minimum.

Buka akaun Kraken sekarang untuk mula melabur dalam kripto.