Apa itu Serum? (SRM)

Oleh Kraken Learn team
5 min
19 Januari 2022

SRM Dijelaskan

Serum ialah perisian bursa terdesentralisasi yang dibina di atas Solana di mana mata wang kripto boleh dibeli dan dijual oleh pedagang. 

Jika anda tidak biasa,  Solana ialah platform blockchain yang bertujuan untuk meningkatkan kebolehskalaan pengguna melalui masa penyelesaian transaksi yang lebih pantas. Dengan ditempatkan pada Solana, Serum boleh mendapat manfaat sepenuhnya daripada kelajuan dan keberkesanan kos transaksi yang diselesaikan di blokchainnya.  

Pusat kepada reka bentuk Serum ialah buku pesanan terdesentralisasi yang dikendalikan oleh kontrak pintar yang bertujuan untuk meniru bursa tradisional dengan memadankan pembeli dan penjual. Ini memberikan fleksibiliti kepada peserta dengan harga dan saiz pesanan apabila mereka menyerahkan pesanan kepada Serum, memberikan mereka kawalan penuh ke atas dagangan mereka.

Dengan cara ini, Serum bertujuan untuk mengendalikan jenis bursa terdesentralisasi baharu yang bertujuan untuk menyaingi yang dibina menggunakan pembuat pasaran automatik (AMM) seperti Uniswap, Sushi dan Bancor

Tambahan pula, Serum menawarkan sokongan rantaian silang, yang bermaksud pedagang boleh berdagang token yang dibina di platform lain seperti Ethereum atau Polkadot. Projek kewangan terdesentralisasi (DeFi) sedia ada juga boleh mengakses ciri-ciri dan kecairan Serum, tanpa mengira blockchain yang ia dibina.  

Token utiliti Serum, SRM, membolehkan pemegang menerima diskaun sehingga 50 peratus untuk yuran dagangan mereka dan **staker** untuk mengundi serta mengambil bahagian dalam mekanisme tadbir urus platform.

Mereka yang ingin kekal berhubung mengenai **perkembangan projek** Serum boleh menanda buku blognya untuk mendapatkan butiran terkini.

what is serum srm

Siapa yang Mencipta Serum (SRM)?

Alameda Research, bersama-sama dengan bursa FTX, mencipta Serum pada tahun 2020 dan memilih untuk membangunkannya di atas Solana. 

Sam Bankman-Fried, pengasas FTX dan Serum, memilih untuk membina bursa terdesentralisasi di atas Solana kerana ia membenarkan transaksi yang lebih pantas dan murah berbanding blokchain lain. 

Bagaimana Serum Berfungsi?

Rangkaian dan reka bentuk Serum bertujuan untuk memudahkan transaksi dengan cara yang terasa serupa dengan bursa tradisional.

Dengan disepadukan dalam rangkaian Solana, Serum mendapat manfaat daripada kelajuan dan keberkesanan kos transaksi, dan membenarkan transaksi tersebut diselesaikan di blokchainnya. 

Buku Pesanan

Dalam bursa tradisional, buku pesanan merujuk kepada senarai pesanan beli dan jual yang disusun mengikut tahap harga dan diselenggara oleh entiti pusat. Bursa terdesentralisasi Serum bertujuan untuk mengautomasikan proses ini di rantaian dengan memadankan penjual dan pembeli berdasarkan pesanan mereka.

Tidak seperti pembuatan pasaran automatik, di mana pedagang membeli dan menjual mata wang kripto daripada kumpulan kecairan, Serum memberikan peserta mereka kawalan penuh ke atas pesanan mereka. Ini memberi mereka keupayaan untuk memilih harga yang mereka ingin membeli dan menjual aset mereka serta keupayaan untuk memilih sebarang saiz pesanan yang mereka inginkan. 

Seperti dalam mana-mana bursa, terdapat yuran yang berkaitan dengan setiap dagangan, yang dinyatakan dalam SRM. Serum bertujuan agar semua yuran bersih masuk ke dalam model beli dan bakar, yang bermaksud token yang digunakan untuk yuran transaksi dikeluarkan daripada edaran.

Pertukaran Rantaian Silang

Salah satu utiliti utama Serum ialah keupayaannya untuk membawa pertukaran rantaian silang ke bursanya, membenarkan mana-mana peserta untuk berdagang token yang wujud di platform lain. 

Menggunakan pertukaran rantaian silang antara token Ethereum (ERC-20) sebagai contoh, mekanisme pertukaran rantaian silang berlaku apabila kedua-dua pihak menghantar ETH ke kontrak pintar sebagai cagaran. Jika pengirim menghantar token mereka kepada penerima sebagai pertukaran untuk token mereka, kedua-dua pihak akan menerima semula cagaran ETH mereka. 

Sekiranya berlaku pertikaian, kontrak pintar yang memegang cagaran menentukan siapa yang betul dengan memeriksa lejar blokchain. Kontrak pintar kemudian menghantar semula aset kepada sesiapa yang mereka anggap betul, serta sebahagian daripada cagaran pihak lain, bertujuan untuk memberi insentif kepada tingkah laku yang baik.
 

Mengapakah Syiling SRM Mempunyai Nilai?

Kripto asli Serum, token SRM (kadang-kadang dirujuk sebagai syiling SRM), memperoleh nilainya daripada kegunaannya pada rangkaian, kerana ia adalah bentuk pembayaran pilihan untuk yuran pemindahan, dan peserta boleh membelanjakan SRM untuk membolehkan pengurangan yuran pada bursa Serum.

Unik kepada Serum ialah token MegaSerum (MSRM), yang boleh dimiliki oleh peserta jika mereka mengunci 1 juta SRM bersama, membantu mereka menerima sedikit lebih banyak ganjaran daripada 1 juta token SRM. 

Untuk mengendalikan nod dan membekalkan sejarah blockchain untuk pengesahan penyelesaian rantaian silang, peserta mesti mempertaruhkan minimum 10 juta SRM, dan setiap nod mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu MSRM sebagai sebahagian daripada jumlah itu.

Pengguna yang tidak ingin mengendalikan nod tetapi ingin menerima ganjaran staking boleh mewakilkan SRM mereka kepada mana-mana pengendali nod dan membuka sebahagian daripada ganjaran staking.

Seperti banyak kripto lain, bekalan SRM adalah terhad, bermakna menurut peraturan perisian, hanya akan ada 10 bilion token SRM. Untuk makluman, jumlah bekalan MSRM ialah 1,000 token MSRM.

Mengapakah Anda Menggunakan Serum (SRM)?

Pedagang mungkin mendapati Serum menarik berdasarkan penggunaan kontrak pintarnya yang inovatif untuk mengendalikan bursa terdesentralisasi menggunakan buku pesanan yang sepadan dengan operasi bursa tradisional. 

Tambahan pula, peserta mungkin juga berminat untuk menggunakan bursa Serum untuk mengakses fungsi swap rantaian silangnya dan berdagang token dari pelbagai platform yang berbeza.

Pelabur mungkin ingin membeli dan menambah SRM ke dalam portfolio mereka sekiranya mereka mempercayai masa depan pembinaan aplikasi terdesentralisasi pada Solana, lantas mengakses blokchainnya untuk transaksi yang lebih murah dan pantas. 

Mulakan Pembelian Serum SRM

Sekarang anda bersedia untuk mengambil langkah seterusnya dan membeli Serum SRM!