Ya, anda boleh menggunakan Pesanan Khusus di Kraken untuk membeli AI Rig Complex secara automatik jika harga aset mencecah tahap lebih rendah.
Menentukan masa yang tepat dalam pasaran boleh menjadi amat mencabar, sebab itulah ramai pedagang memilih untuk menggunakan purata kos dolar bagi AI Rig Complex sebagai alternatif. Dengan menggunakan pembelian berulang, anda boleh mengumpulkan AI Rig Complex secara beransur-ansur sepanjang masa tanpa mengira harga pasaran, sekali gus mengurangkan tekanan daripada cuba menentukan masa pasaran dengan sempurna.
104,010,839 ARC yang bernilai $6,688,209 telah didagang di Kraken dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Pelbagai faktor mempengaruhi harga AI Rig Complex, termasuk sentimen pasaran, perkembangan teknikal, penerimagunaan pengguna dan peristiwa makroekonomi.
Carta harga AI Rig Complex menunjukkan beberapa maklumat penting tentang harga semasa AI Rig Complex, termasuk pergerakan harga dan volum perdagangan terkini aset tersebut. Paksi menegak menunjukkan nilai aset dalam mata wang pilihan anda, seperti USD, manakala paksi mendatar menunjukkan tempoh masa, daripada minit hingga tahun. Carta harga AI Rig Complex biasanya menggunakan kaki lilin untuk menggambarkan pergerakan harga. Setiap kaki lilin mewakili harga pembukaan, penutupan, tertinggi dan terendah bagi ARC yang dicatatkan dalam tempoh masa tertentu. Di bawah carta harga, anda juga mungkin melihat bar volum yang memaparkan aktiviti perdagangan bagi tempoh berkenaan, dengan bar lebih tinggi menunjukkan volum perdagangan yang lebih tinggi. Pedagang profesional biasanya mengambil kira titik data ini semasa melakukan analisis teknikal mereka sendiri.
Anda boleh menggunakan carta harga ARC untuk menganalisis pergerakan harga serta mengenal pasti kawasan sokongan dan rintangan. Ramai pedagang juga menggunakan pelbagai penunjuk teknikal bagi membantu mereka menganalisis corak perdagangan ARC terdahulu untuk meramalkan kemungkinan perubahan harga pada masa akan datang. Ingat bahawa tiada kaedah yang mampu meramalkan harga dengan ketepatan 100%, namun penggunaan pelbagai alat semasa menganalisis carta harga ARC boleh membantu dalam membentuk strategi perdagangan anda.
Ya, Kraken memudahkan pertaruhan dan perolehan ganjaran pada puluhan mata wang kripto yang berbeza. Lawati halaman pertaruhan kami di sini untuk melihat sama ada AI Rig Complex layak bagi pertaruhan atau ganjaran pilih masuk di kawasan anda.
Sama seperti mana-mana pelaburan kewangan, terdapat risiko yang perlu dipertimbangkan sebelum melabur dalam AI Rig Complex dan memegang aset tersebut di pertukaran seperti Kraken. Harga mata wang kripto, termasuk AI Rig Complex, boleh menjadi sangat tidak stabil. Walaupun Kraken sentiasa menekankan keselamatan, kami menggalakkan agar pelanggan menyimpan kripto mereka sendiri dalam dompet bukan jagaan yang hanya boleh diakses oleh pemiliknya, seperti Dompet Kraken.
Peraturan pelaporan cukai mata wang kripto berbeza dengan ketara dari negara ke negara. Anda dinasihatkan agar mendapatkan panduan cukai tempatan profesional bagi memastikan pelaporan yang tepat dan mengelakkan potensi penalti.
- Untuk menyediakan pemakluman harga AI Rig Complex di Kraken web, pergi ke widget Pemakluman yang terletak di belakang Borang pesanan dalam paparan Lanjutan. Pertama sekali, dayakan pemberitahuan pelayar. Kemudian, klik “Cipta pemakluman baharu” untuk membuka persediaan pemakluman. Pilih AI Rig Complex, tetapkan parameter pencetus, kemudian laraskan harga menggunakan butang peratusan atau dengan menaipkan harga yang diingini.
- Untuk menyediakan pemakluman harga AI Rig Complex di aplikasi mudah alih Kraken, pastikan pemberitahuan semerta didayakan dalam tetapan peranti dan juga di Kraken Pro. Kemudian, pergi ke modal pemakluman harga dengan mengetik ikon loceng di halaman Pasaran atau tekan lama pada mana-mana pesanan terbuka. Pilih “Cipta pemakluman baharu” dan ikut langkah yang sama seperti di platform web
Anda boleh menggunakan pesanan khusus di Kraken untuk melaksanakan pesanan renti rugi atau ambil untung bagi AI Rig Complex. Apabila menggunakan Kraken Pro, anda boleh menetapkan pesanan renti rugi atau ambil untung bagi AI Rig Complex dengan mencari menu juntai bawah “Ambil Untung / Renti Rugi” pada borang pesanan. Pilih sama ada mod “Ringkas” atau “Lanjutan” mengikut pilihan anda.
Had pembiayaan anda dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk negara tempat tinggal, tahap pengesahan dan aset yang ingin anda deposit atau keluarkan.
Ya, aplikasi perdagangan mudah alih Kraken memudahkan pengurusan pegangan AI Rig Complex anda di mana-mana sahaja. Perkhidmatan pelaburan pintar kami menawarkan alat yang berkuasa dan kawalan mudah terhadap pelaburan AI Rig Complex anda.
Untuk mengeskport sejarah perdagangan AI Rig Complex anda, cari menu Tetapan dan klik pada “Dokumen” > “Cipta Eksport.” Dari situ, anda boleh memilih antara sejarah perdagangan, sejarah lejar atau baki, bergantung pada data yang ingin anda eksport.
Ya, Kraken menawarkan fungsi pembelian berulang bagi pelbagai jenis mata wang kripto, termasuk AI Rig Complex. Untuk menyediakan fungsi ini, buka aplikasi mudah alih, ketik “Beli” dan pilih aset yang ingin dibeli. Kemudian, masukkan jumlah yang ingin dibeli dan tetapkan kekerapan dengan mengklik“Sekali” dan memilih jadual yang sesuai untuk anda: harian, mingguan atau bulanan.



