Program Rujukan Kraken membolehkan anda dan rakan memperoleh Bonus Rujukan apabila rakan anda mendaftar menggunakan pautan jemputan anda dan memenuhi syarat kelayakan. Bonus Rujukan ialah ganjaran yang diberikan kepada pengguna yang merujuk dan pengguna yang dirujuk setelah berjaya memenuhi keperluan program rujukan (“Bonus Rujukan”). Jumlah dan bentuk bonus (aset digital atau wang sah) ditentukan oleh Kraken dan dinyatakan dalam tawaran Bonus Rujukan yang berkenaan. Bonus Rujukan tertakluk kepada had program, peraturan kelayakan dan budi bicara Kraken, dan tidak dijamin.
- Cari pautan jemputan Bonus Rujukan anda – anda boleh menemukan pautan di bahagian atas sebelah kanan skrin utama mudah alih, daripada menu tetapan akaun atau pada web pada https://www.kraken.com/c/referrals
- Kongsikan pautan atau kod jemputan anda - Hantarkan kepada rakan anda melalui teks, e-mel atau aplikasi pemesejan.
- Rakan anda mestilah baharu di Kraken, dan mesti:
- Gunakan pautan atau kod jemputan anda untuk memcipta akaun Kraken baharu pada aplikasi mudah alih.
- Deposit fiat dalam akaun Kraken mereka.
- Lengkapkan terma tawaran Bonus Rujukan dalam tempoh 15 hari selepas mendaftar akaun.
- Sila ambil perhatian bahawa perdagangan stablecoin tidak layak sebagai kriteria penyelesaian.
- Program Rujukan Kraken tersedia pada kebanyakan negara di seluruh dunia, walaupun sesetengah tawaran mungkin hanya tersedia dalam antara muka Kraken Pro.
- Rakan yang anda rujuk mesti tinggal di negara yang sama dengan anda, atau, jika anda tinggal di negara Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) yang layak, mereka boleh tinggal di mana-mana negara EEA lain yang layak.
- Rakan yang anda rujuk mestilah pengguna Kraken baharu (iaitu, mereka mestilah belum pernah mencipta akaun Kraken sebelum akaun yang dicipta dengan pautan jemputan anda).
- Anda boleh merujuk rakan tanpa had bilangan, tetapi anda hanya boleh menerima Bonus Rujukan untuk sepuluh, lima belas, atau dua puluh rujukan bergantung pada tawaran yang tersedia untuk anda. Anda boleh melihat butiran tawaran anda pada halaman rujukan dalam aplikasi mudah alih dan web
- Selepas rakan anda mendaftar dan melengkapkan langkah yang diperlukan, sila berikan masa sekurang-kurangnya 14 hari untuk Bonus Rujukan didepositkan dalam akaun Kraken anda.
- Anda boleh menjejak status kemajuan anda dalam papan pemuka Rujukan.
- Untuk layak mendapat Bonus Rujukan, rakan yang anda rujuk mesti mendepositkan fiat (tunai) daripada akaun bank dan memenuhi semua keperluan tambahan seperti jumlah perdagangan minimum.
- Tiada pengiklanan berbayar – Anda tidak boleh mempromosikan pautan jemputan anda menggunakan pemasaran carian berbayar, iklan media sosial atau siaran tajaan. Berbuat demikian akan menyebabkan pautan jemputan anda dinyahaktifkan dan anda tidak akan menerima sebarang Bonus Rujukan untuk rujukan yang dibuat menggunakan pautan tersebut. Namun, anda boleh berkongsi pautan jemputan anda melalui pesanan teks, e-mel dan aplikasi pesanan.
- Terdapat maksimum 1 ganjaran bagi setiap peranti bagi setiap isi rumah berdasarkan konsep siapa cepat dia dapat.
- Perdagangan fiat kepada stablecoin tidak layak untuk mendapat ganjaran, anda mesti membeli kripto bukan stablecoin.
- Bonus Rujukan tidak dijamin – Walaupun Kraken berusaha dengan niat baik untuk membayar Bonus Rujukan, kami tidak menjamin pembayaran untuk setiap rujukan.
- Kraken berhak untuk mengehadkan, mengubah suai atau menamatkan program rujukan pada bila-bila masa, atas apa jua sebab dan tanpa notis.



